Jalan-jalan sitok

Tempat menarik kena pegi nengok kalo ke Kuching!

Bako National Park
Taman ni dekat kampung melayu di Bako.  Kalau nak feel lagi suasana flora & fauna indah,
elok duduk 2 hari kat sini.  Perjalanan dari Kuching lebih kurang 45minit. Sampai je ke point jeti kampung ni...naik bot.  Tambang bot masa tu RM18-RM20 sorang.  Perjalanan tu kejap je...

Hostel takde, yang ada cuma bunk house yang macam lodging house.... macam bilik-bilik asrama memanjang.  Harga murah berpatutan dengan alat-alat letrik yang tidak disediakan.  Kira ok lah bagi traveler yang nak adventure.  Cuma kantin dia agak kurang.  Banyakkan bawa bekalan air minuman. Persekitaran tempat peranginan tu akan didatangi oleh babi hutan yang akan datang bila-bila masa. Bagi yang suka jalan-jalan tepi pantai plak, elok-elok jalan... tahi babi hutan banyak terdampar kat situ.  Natural environment katakan...

Keesokan harinya boleh leh pegi mountain trekking.  Terdapat trail yang mudah, jauh & berbukit-bukit.  Kita dah cuba yang berbukit-bukit...bes!  Bawalah bekalan air & chocolate ke energy bar ke untuk trip ni.  Pemandangan indah di waktu subuh hingga senja.

Sarawak Cultural Village
Tempat ni kira famous lah bagi pelancong-pelancong.  Menempatkan model rumah perkampungan kesemua ethnic utama di Sarawak... Melayu, Cina, Iban, Bidayuh, Melanau, Kelabit, Orang ulu. Pengunjung akan dipertunjukkan bagaimana rutin harian kaum-kaum tertentu didalam setiap rumah model.  Antaranya bagaimana orang iban menenun kain pua kumbu ....yang seperti songket tu!  Bawa family jalan-jalan sini cuti sekolah pun ok!

Wind Cave
Gua angin terletak tak jauh dari bandar Bau. Gua ni kecik tapi banyak kelawar.  Bagi yang suka adventure tempat ni kira ok jugak... berjalan dalam gelap dibawa oleh tour guide melalui terowong gelap.  Kalau nak ke sini bawa lampu suluh.
Fairy Cave jugak tak jauh dari lokasi ni. Hmm...tinggi tangga naik situ... hati-hati jalan mungkin licin..

Pasar Serikin
Dari bandar Kcuhing ke Bau... dari Bau terus ke Serikin, tempat peniaga kecil-kecilan warga Indonesia menjual barangan kain, beg, kelengkapan dapur, macam-macam lah.  Cuma buka hari sabtu & ahad.  Nak beli beg Prada... ada kat sini...tiru pun tiru lah..tapi seakan-akan ori! Rajin-rajin lah nego mintak kurangkan harga.

Kuching Esplanade
Bagi yang datang, kalau nak pegi jalan-jalan ambik angin petang..boleh lah ke Kuching waterfront. Tebingan sungai Kuching ...ikut je jalan dari Riverside Suite hingga ke penghujung & nikmati udara sungai malam-malam pun bes!  Terdapat gerai-gerai yang menjual makanan, kedai cenderahati di tepi-tepi jalan & ditebingan sungai.  Kalau nak pegi rivercruise pun ada... perkhidmatan River cruise ni membawa pengunjung mengelilingi Kuching dengan tambang RM60.  Berbaloi kalau nak cuba...



No comments :

Post a Comment